Powered By Blogger

Selamat datang ke Taman Perkongsian Bicara

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Selamat berkunjung ke Blog saya ini. Sesungguhnya masyarakat Islam yang hakiki akan dapat dibina dengan pembinaan kesedaran Islam yang sebenar, penyebaran kefahaman yang soheh yang dapat membuahkan amal yang benar. Kefahaman Islam sebenar ini haruslah bersumberkan sumber-sumber yang muktabar, bersih dari sebarang kefahaman yang tersisih dari hakikat Islam sebenar yang dikehendaki oleh Allah Rabbul alamin. Justeru.. blog ini sedikit sebanyak ingin menyumbang kepada usaha ini.. Mendidik membina masyarakat dengan kefahaman yang benar.. Apa yang penting adalah kebenaran.

Friday, July 25, 2008

Tarikh Mazahib Wa Al-Fatawa (Arabic Version)

Pelajar-pelajar Fakulti Syariah dan Undang-undang boleh download course outline dan nota-nota di sini. Hanya klik URL di bawah. Course Outline Nota 1 Nota 2 * nota akan ditambah daripada semasa ke semasa *nota-nota yang diberikan hanya lah sebagai panduan dan bantuan. Ada juga maklumat yang diberikan di dalam kuliah tetapi tidak dimasukkan ke dalam nota-nota ini. Jadi ia bergantung kepada usaha pelajar dalam mencari dan menambah maklumat-maklumat penting ini. Sekian, harap maklum.

Friday, July 4, 2008

Sunday, June 29, 2008

Cabaran Muslim Kini dan Selamanya

Wasiat Umar Al-Khattab: “Jadilah orang yang paling berjaga-jaga terhadap maksiat daripada kamu berjaga-jaga terhadap kekuatan musuh, sesungguhnya aku amat bimbang terhadap dosa-dosa tentera dari kebimbanganku terhadap musuh, sesungguhnya muslim menerima kemenangan kerana maksiat musuh mereka terhadap Allah, ketahuilah bahawa perjalananmu ialah penjagaan daripada Allah, janganlah kamu mengundang kemarahan Allah sedangkan kamu berada pada jalan Allah”. Download artikel: Cabaran Muslim Masa Kini

Friday, June 20, 2008

Keyakinan Iman dan Kenaikan Harga Barang

Amat terkesan sekali dengan perkongsian seorang sahabat ketika kami berbual-bual di restoran mamak (sekarang tidak ada lagi warung kopi). Saya amat yakin perbualan kami adalah lebih kurang sama dengan perbualan meja-meja yang di sekeliling kami yang kebanyakan orang tidak putus-putus mengeluh tentang kenaikkan harga barang. Sahabat itu tiba-tiba bercerita tentang kata-kata seorang mukmin ketika di zaman pemerintahan awal Islam. (Tidak dapat dinukilkan siapa kah orang itu kerana dia sendiri tidak mengingati nya). Pada zaman pemerintahan tersebut, telah berlaku kemerosotan ekonomi sehingga harga barang melambung tinggi, dan orang-orang yang bertemu ketika itu juga mengeluh tentang kenaikkan harga barang (seperti ktia hari ini) .. Tetapi orang mukmin tersebut dengan tenang mengatakan bahawa:
"Aku tidak kisah andainya sebutir gandum itu nilainya sehingga sedinar emas, kerana aku yakin bahawa ALlah telah menjamin rezeki ku dan rezeki ahli keluarga ku sekiranya kami orang yang beriman, tetapi aku risau takut-takut dengan dosa-dosa ku Allah SWT akan menarik balik keberkatan yang dijanjikan kepada rezeki ku. Allah SWT pasti akan menunaikan janjinya tentang rezeki, tetapi bagaimana pula janjiku dengan Allah SWT untuk menyembahnya..".
Kisah ini ada kebenarannya berhubung keyakinan seorang hamba kepada Allah SWT, ketika seorang hamba itu melalui pahit manis dan kegawatan hidup bersama hubungan dan keyakinan kepada Allah SWT. Kita tak mempersoalkan aspek faktor, hak, kepincangan pengurusan dan sebagainya, tetapi ini adalah dari sudut pandangan lain yang berhubung dengan sifat kejiwaan yang memandu setiap naluri dan kehendak mengikut hukum dan ketetapan syarak. Kejiwaan yang sentiasa merujuk kepada Islam dan Iman, sentiasa terikat dan menerima ketetapannya. Ia tidak dikuasai oleh hawa nafsu dan syahwat.

Saturday, January 12, 2008



Semuanya Hanya Dengan
Sedetik Waktu ……

Oleh: Muhammad Najib Abdullah


Hanya sedetik waktu yang membezakan antara penakut dan berani
Hanya sedetik waktu yang menentukan bahagia dan derita yang berpanjangan.
Hanya sedetik waktu, doa itu dimakbulkan tuhan.
hanya sedetik waktu.. hati yang keras akan menjadi lembut.
hanya sedetik waktu .. dapat menukarkan status kehidupan. (hidup dan mati, bujang kepada keluarga..
hanya sedetik waktu.. yang menentukan kejayaan atau kekalahan.
Hanya sedetik waktu.. berjaya menukarkan angan-angan kepada kerja..


Mukmin amat menjaga setiap masa yang berdetik, kerana masa itu adalah kehidupannya. Setiap masa akan dipergunakan untuk mencari keredhaan tuhannya. Setiap detik akan digunakan dengan sebaiknya untuk kebaikkan yang hakiki, dan bekalan yang harus dibawa pulang.. Untuk memanfaatkan setiap detik kehidupan, kita amat memerlukan kepada hati yang kuat dan bersedia, untuk menempuh cabaran masa tersebut dan inilah yang dipanggil sebagai mujahadah.

rugilah orang yang melepaskan detik yang menjadi penentuan itu, manfaatkan setiap detik itu dengan sesuatu yang benar, jangan sesekali mengabaikannya, dan cubalah bersabar dalam menjalaninya....

Jika ada yang ingin memberikan pandangan silakan...hanya berikan pandangan anda diruang di bawah ini. sumbangan dan pandangan amat dihargai......