Amat terkesan sekali dengan perkongsian seorang sahabat ketika kami berbual-bual di restoran mamak (sekarang tidak ada lagi warung kopi). Saya amat yakin perbualan kami adalah lebih kurang sama dengan perbualan meja-meja yang di sekeliling kami yang kebanyakan orang tidak putus-putus mengeluh tentang kenaikkan harga barang. Sahabat itu tiba-tiba bercerita tentang kata-kata seorang mukmin ketika di zaman pemerintahan awal Islam. (Tidak dapat dinukilkan siapa kah orang itu kerana dia sendiri tidak mengingati nya). Pada zaman pemerintahan tersebut, telah berlaku kemerosotan ekonomi sehingga harga barang melambung tinggi, dan orang-orang yang bertemu ketika itu juga mengeluh tentang kenaikkan harga barang (seperti ktia hari ini) .. Tetapi orang mukmin tersebut dengan tenang mengatakan bahawa:
"Aku tidak kisah andainya sebutir gandum itu nilainya sehingga sedinar emas, kerana aku yakin bahawa ALlah telah menjamin rezeki ku dan rezeki ahli keluarga ku sekiranya kami orang yang beriman, tetapi aku risau takut-takut dengan dosa-dosa ku Allah SWT akan menarik balik keberkatan yang dijanjikan kepada rezeki ku. Allah SWT pasti akan menunaikan janjinya tentang rezeki, tetapi bagaimana pula janjiku dengan Allah SWT untuk menyembahnya..".
Kisah ini ada kebenarannya berhubung keyakinan seorang hamba kepada Allah SWT, ketika seorang hamba itu melalui pahit manis dan kegawatan hidup bersama hubungan dan keyakinan kepada Allah SWT. Kita tak mempersoalkan aspek faktor, hak, kepincangan pengurusan dan sebagainya, tetapi ini adalah dari sudut pandangan lain yang berhubung dengan sifat kejiwaan yang memandu setiap naluri dan kehendak mengikut hukum dan ketetapan syarak. Kejiwaan yang sentiasa merujuk kepada Islam dan Iman, sentiasa terikat dan menerima ketetapannya. Ia tidak dikuasai oleh hawa nafsu dan syahwat.
No comments:
Post a Comment