Powered By Blogger

Selamat datang ke Taman Perkongsian Bicara

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Selamat berkunjung ke Blog saya ini. Sesungguhnya masyarakat Islam yang hakiki akan dapat dibina dengan pembinaan kesedaran Islam yang sebenar, penyebaran kefahaman yang soheh yang dapat membuahkan amal yang benar. Kefahaman Islam sebenar ini haruslah bersumberkan sumber-sumber yang muktabar, bersih dari sebarang kefahaman yang tersisih dari hakikat Islam sebenar yang dikehendaki oleh Allah Rabbul alamin. Justeru.. blog ini sedikit sebanyak ingin menyumbang kepada usaha ini.. Mendidik membina masyarakat dengan kefahaman yang benar.. Apa yang penting adalah kebenaran.

Sunday, June 29, 2008

Cabaran Muslim Kini dan Selamanya

Wasiat Umar Al-Khattab: “Jadilah orang yang paling berjaga-jaga terhadap maksiat daripada kamu berjaga-jaga terhadap kekuatan musuh, sesungguhnya aku amat bimbang terhadap dosa-dosa tentera dari kebimbanganku terhadap musuh, sesungguhnya muslim menerima kemenangan kerana maksiat musuh mereka terhadap Allah, ketahuilah bahawa perjalananmu ialah penjagaan daripada Allah, janganlah kamu mengundang kemarahan Allah sedangkan kamu berada pada jalan Allah”. Download artikel: Cabaran Muslim Masa Kini

Friday, June 20, 2008

Keyakinan Iman dan Kenaikan Harga Barang

Amat terkesan sekali dengan perkongsian seorang sahabat ketika kami berbual-bual di restoran mamak (sekarang tidak ada lagi warung kopi). Saya amat yakin perbualan kami adalah lebih kurang sama dengan perbualan meja-meja yang di sekeliling kami yang kebanyakan orang tidak putus-putus mengeluh tentang kenaikkan harga barang. Sahabat itu tiba-tiba bercerita tentang kata-kata seorang mukmin ketika di zaman pemerintahan awal Islam. (Tidak dapat dinukilkan siapa kah orang itu kerana dia sendiri tidak mengingati nya). Pada zaman pemerintahan tersebut, telah berlaku kemerosotan ekonomi sehingga harga barang melambung tinggi, dan orang-orang yang bertemu ketika itu juga mengeluh tentang kenaikkan harga barang (seperti ktia hari ini) .. Tetapi orang mukmin tersebut dengan tenang mengatakan bahawa:
"Aku tidak kisah andainya sebutir gandum itu nilainya sehingga sedinar emas, kerana aku yakin bahawa ALlah telah menjamin rezeki ku dan rezeki ahli keluarga ku sekiranya kami orang yang beriman, tetapi aku risau takut-takut dengan dosa-dosa ku Allah SWT akan menarik balik keberkatan yang dijanjikan kepada rezeki ku. Allah SWT pasti akan menunaikan janjinya tentang rezeki, tetapi bagaimana pula janjiku dengan Allah SWT untuk menyembahnya..".
Kisah ini ada kebenarannya berhubung keyakinan seorang hamba kepada Allah SWT, ketika seorang hamba itu melalui pahit manis dan kegawatan hidup bersama hubungan dan keyakinan kepada Allah SWT. Kita tak mempersoalkan aspek faktor, hak, kepincangan pengurusan dan sebagainya, tetapi ini adalah dari sudut pandangan lain yang berhubung dengan sifat kejiwaan yang memandu setiap naluri dan kehendak mengikut hukum dan ketetapan syarak. Kejiwaan yang sentiasa merujuk kepada Islam dan Iman, sentiasa terikat dan menerima ketetapannya. Ia tidak dikuasai oleh hawa nafsu dan syahwat.